Home Sukan Liga Super: Kedah terus himpit TFC

Liga Super: Kedah terus himpit TFC

Kedah Darul Aman FC, menewaskan PJ City FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, malam tadi. Foto MFL.

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman (KDA) FC terus menghimpit Terengganu FC (TFC)  apabila melakar hatrik kemenangan selepas menewaskan PJ City FC 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor malam tadi.

Kemenangan terbaru itu membolehkan skuad Lang Merah melonjak ke tangga ketiga dengan 35 mata, hanya dua mata dipisahkan dengan skuad Penyu, namun mereka masih memiliki baki dua perlawanan dalam tangan.

Ketika Kedah berjaya melakar kemenangan berganda ke atas PJ City FC pada musim ini, PJ City FC pula berada dalam tekanan apabila tewas lima aksi berturut-turut sejak saingan liga kembali bersambung, bulan lalu.

Selepas ini, Kedah akan bertemu pasukan di zon penyingkiran, Perak FC pada Sabtu ini sementara PJ City FC akan menentang pasukan di tangga keempat, Penang FC pada Ahad ini. – MalaysiaGazette