KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibenar discaj dari hospital hari ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memberitahu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dibenar keluar dari Hospital Pakar Avisena Shah Alam tengah hari tadi.
“Presiden (Ahmad Zahid) dia boleh keluar tengahari ini dari Hospital Avisena Shah Alam…tengahari ini dia discaj,” katanya ketika ditemui pada program Misi Bantuan Bencana Ke Kedah di sini, hari ini.
Bagaimanapun, perkembangan kesihatan Ahmad Zahid tidak dimaklumkan.
Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional dimasukkan ke hospital berkenaan kerana menjalani rawatan intervensi sakit.
Ahmad Zahid mengalami kecederaan akibat terjatuh dan berada dalam kesakitan sekiranya duduk terlalu lama. – MalaysiaGazette