
KUALA LUMPUR – Malaysia mencapai 60.2 peratus populasi dewasa atau 14,095,554 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian maklumat dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan seramai 18,948,648 individu atau 80.9 peratus sudah menerima dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,044,202 dos.
Menurut JKJAV, 58 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara mendapat dos pertama manakala 43.2 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
— BERNAMA