KUALA LUMPUR – Tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam barisan Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika mengumumkan senarai barisan Kabinet, Perdana Menteri terus sahaja menyebut nama dan juga jawatan empat menteri-menteri kanan.
Empat menteri kanan yang dilantik adalah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kanan Kerja Raya; Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin.
“Saya berharap barisan Kabinet ini menjalankan tugas diberikan dengan amanah demi rakyat dan negara,” katanya.
Untuk rekod, Ismail Sabri pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika beliau berada dalam kerajaan sebelum ini. – MalaysiaGazette