GEORGE TOWN – Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong menggesa Ketua Menteri, Chow Kon Yeow meletakkan jawatan ekoran gagal mengawal keadaan Covid-19 di negeri ini.
Tong Keong mendakwa sikap dingin yang ditunjukkan Kon Yeow memburukkan lagi keadaan yang membelenggu rakyat Pulau Pinang ketika ini.
“Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan di Pulau Pinang tetapi Kon Yeow dilihat kurang mengambil berat dengan keadaan ini.
“Malah, sehingga kini Kerajaan Negeri DAP itu belum mengumumkan strategi selanjutnya untuk membaikpulih keadaan ini, sekali gus menyebabkan rakyat Pulau Pinang berpendapat Ketua Menteri mereka menghilangkan diri ketika kehidupan rakyatnya terancam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Tong Keong berkata, mengambil peristiwa yang berlaku di Perak sebagai contoh dimana Ahli Exco Kesihatan Perak diminta letak jawatan kerana menghilangkan diri dalam tempoh kritikal ini yang telah gagal menjalankan tanggungjawabnya.
“Maka isu yang sama yang berlaku di Pulau Pinang, adakah Ketua Menteri Pulau Pinang juga harus meletakkan jawatan kerana beliau menghilangkan diri dan membiarkan kesihatan dan nyawa rakyatnya terus terancam?
“Kon Yeow menggesa Perdana Menteri baharu dan menteri berkaitan untuk memberikan perhatian serius terhadap negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan ketara kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu dan mengharapkan langkah segera diambil untuk mempercepatkan lagi program vaksinasi.
”Namun, beliau dilihat tidak mengambil sebarang tindakan susulan secara inisiatif.
“Adakah beliau ingin melarikan diri daripada kesemua tanggungjawab ini dengan menuding jari kepada kerajaan pusat?,” soal Tong Keong.
Sehubungan itu, Tong Keong turut menggesa Kon Yeow mengemukakan langkah penyelesaian untuk meredakan keadaan Covid-19 di negeri Pulau Pinang.
“Saya berharap Kon Yeow tidak lagi mendiamkan diri atau tidak mengambil peduli isu Covid-19 yang mengancam keselamatan rakyat di negeri ini.
“Sekiranya Chow terus bersikp dingin dalam isu Covid-19 maka beliau dan barisan Exconya perlu mengakui bahawa kerajaan PH Pulau Pinang adalah kerajaan yang gagal,” tegas beliau. – MalaysiaGazette
Agong berkenan terima persembahan senarai Jemaah Kabinet
August 26, 2021
LIDAH MUNAFIK ANWAR dan pemimpin amNANAH….. kami serah dan terima kebijaksanaan YDPA atas lantikan PM baru…..akhirnya terbukti mereka MENDERHAKA DAN MENGHINA YDPA atas lantikan kabinet baru sebagai Kabinet Gagal 2.0 dan KITAR SEMULA….macam ni ke politik matang pembangkang yang terus didewa2kan
Menolak tawaran TSMY tetapi hari ini DAPIGS mendesak kerajaan baru menawarkan semula yang dibuat TSMY…pembangkang .sanggup MENJILAT LUDAH MUNTAH KENCING mereka dgn alasan titah YDPA pula