Home Nasional Polis cari Mohamad Ibrahim, saksi kes dadah

Polis cari Mohamad Ibrahim, saksi kes dadah

Mohamad Ibrahim.

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang menjadi saksi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkata, saksi dikenali sebagai Mohamad Ibrahim Mohamad, 68, dengan alamat terakhir di No 10, Persiaran Seksyen 6/4, Bertam Putra di sini.

“Lelaki itu diminta tampil menjadi saksi berhubung satu kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saksi berkenaan dikehendaki hadir untuk perbicaraan pada 6 hingga 9 September ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Yohani Mohd Nor di talian 012 415 3396. – MalaysiaGazette