Home Nasional Agenda kebajikan tumpuan Belanjawan Johor 2022 – MB

Agenda kebajikan tumpuan Belanjawan Johor 2022 – MB

Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU – Belanjawan Johor 2022 akan menekankan elemen pengupayaan golongan memerlukan dalam kesemua 12 agenda melibatkan kebajikan, pemberdayaan dan keberhasilan.

Menteri Besarnya, Datuk Ir, Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri juga akan berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama sekali Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berupaya  untuk  menawarkan  dasar  dan  inisiatif  untuk  dilaksanakan  mengikut kesesuai  kawasan  pentadbiran  masing-masing.

“Suka untuk  saya  ingatkan  ukuran  kepada  prestasi  sesebuah  PBT  tidak harus  disandarkan  kepada  jumlah  kutipan  cukai  dan  simpanan  kekayaan semata-mata.

“Ini merupakan  hakikat  yang  amat  pahit  untuk  kita  terima.  Hasil  daripada Perintah  Kawalan  Pergerakan  (PKP)  yang  bersilih  ganti,  ramai  antara  isi  rumah di  Johor  yang  sebenarnya  telah  terjerumus  ke  dalam  kemiskinan,” katanya

Menurutnya, kira-kira 53,908 isi rumah di negeri itu dikenalpasti kategori miskin mutlak.

Hasni berkata, golongan itu didapati memperolehd engan pendapatan isi rumah mereka lebih rendah daripada nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Keadaan itu membuatkan golongan berkenaan sukar menampung kos keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat berteduh.

Beliau berkata keadaan itu berpunca salah satu daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersilih ganti menyebabkan antara isi rumah di Johor  tergolong dalam  kemiskinan.

“Oleh itu, cukuplah saya menyatakan bahawa cabaran utama MBJB adalah untuk mengagihkan kekayaan bagi merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat bandar.

“Tentu sekali, ia memerlukan pendekatan yang lebih spesifik dan lebih inklusif daripada sebelumnya,” katanya semasa berucap dalam majlis pelantikan dan angkat sumpah Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman di Menara MBJB hari ini.

Datuk Mohd Noorazam Osman, mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Ke-13 di Dewan Kenanga Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini.

Mohd. Noorazam yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dilantik sebagai Datuk Bandar Johor Bahru menggantikan Datuk Adib Azhari Daud.

Selain itu, Hasni juga  akan memastikan perancangan dan inisiatif bagi menangani kesan Covid-19 mengambilkira keberkesanan program yang bakal dilaksanakan.

Menurutnya, kesediaan sektor ekonomi seperti sosial dan industri  dalam norma baharu juga diyakini akan mempengaruhi momentum pemulihan ekonomi  negeri.

Beliau berkata, dasar dan inisiatif  dirancang harus berdaya tahan dalam keadaan sekarang dan harus berupaya memberi impak yang cepat kepada kehidupan rakyat.

“Misalnya,  meskipun  rakyat  sudah  divaksin  sepenuhnya,  kes-kes  Covid-19 tetap  akan  ada  dan  penutupan  lokaliti  secara  berfokus  seperti  Perintah Kawalan  Pergerakan  Diperketatkan  (PKPD)  adalah  tidak  dapat dielakkan.

“Selain  itu,  kesediaan  sektor-sektor  ekonomi,  seperti  sektor  sosial  dan  industri untuk  hidup  dalam  norma  baharu  juga  bakal  mempengaruhi  momentum pemulihan  ekonomi  negeri,” katanya.

Sehubungan itu,  menurut Hasni, segala  perancangan  berkenaan  dasar  dan  inisiatif kerajaan  negeri  serta  pihak berkuasa tempatan  haruslah  mengambilkira  impak  pandemik  terhadap  keberkesanan  program yang  ingin dilaksanakan.

“Dasar  dan  inisiatif  yang  dirancang  haruslah  bertujuan  untuk  membolehkan rakyat  berdaya  tahan  dalam  keadaan  sekarang  dan  haruslah  berupaya  untuk memberikan  impak  yang  cepat  kepada  mereka,” katanya.

Jelas Hasni, inisiatif  dan  program  perlindungan  sosial  haruslah  diberikan  tepat  kepada golongan  sasar  dengan  kadar  yang  munasabah.

Ini penting, agar  bebanan  mereka  dapat segera  diringankan.

“Inisiatif  dan  program  tersebut  boleh  diberikan  samada kepada  golongan  sasar  yang  sama  ataupun  yang  berlainan  secara  berfasa-fasa,” ujarnya.

Selain itu, Menteri Besar bangga melihat projek pembinaan Pusat Transit Gelandangan Johor Bahru dengan kos RM7.64 juta di Taman Larkin Perdana di sini yang bakal disiapkan Julai tahun depan.

“Syabas saya ucapakan kepada MBJB. Sebagai  sebuah  bandar raya,  MBJB  tidak  sunyi  dengan  cabarannya  yang tersendiri.  Antaranya  adalah  untuk  memastikan  bagaimana  bandar raya  ini  kekal bertaraf  antarabangsa,  berbudaya  dan  lestari  dalam  konteks  semasa  yang mencabar  sekarang.

“Menyedari  hakikat  itu,  eloklah  jika  MBJB  terus  memberi  fokus  dan  keutamaan kepada  usaha  memberdaya  golongan  kurang  bernasib  baik,  lebih-lebih  lagi golongan  miskin  bandar,” katanya.-MalaysiaGazette