KUALA LUMPUR – Kes harian positif Covid-19 hari ini merekodkan penurunan sebanyak 2,018 menjadi 20,579 kes berbanding 22, 597 semalam.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan rasminya memaklumkan, ia menjadikan kumulatif kes positif di negara setakat ini berjumlah 1,706, 089 kes.
Malah situasi kes Covid-19 di beberapa negeri hari ini menunjukkan turun naik termasuk Selangor yang merekodkan 5,814 kes positif dan juga tertinggi semalam menyaksikan penurunan sebanyak 4,591 hari ini.
Negeri Kedah turut merekodkan penurunan hari ini iaitu sebanyak 1,755 kes positif hari ini berbanding 2,162 semalam diikuti Perlis juga turun daripaa 98 kes semalam kepada 56 dilaporkan hari ini.
Bagaimanapun, situasi kes positif di Pulau Pinang pula mencatatkan 1,920 kes semalam turut menunjukkan penyusutan kes positif hari ini iaitu 1,378 hari ini.
Justeru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula kesnya menunjukkan penurunan kepada tiga digit iaitu 680 kes hari ini berbanding 1,111 semalam manakala di Putrajaya tidak berubah apabila masih merekodkan 48 kes positif seperti semalam.
Johor menunjukkan penurunan sebanyak 44 kes hari ini menjadi 1,852 berbanding 1,896 semalam.
Manakala, Perak pula menunjukkan peningkatan kes hari ini iaitu sebanyak 1,208 berbanding 1,061 sahaja semalam dan Melaka juga merekodkan sebanyak 636 kes positif berbanding 269 semalam.
Perkembangan kes positif di negeri-negeri Pantai Timur menunjukkan kenaikan khususnya Kelantan hari ini merekodkan 1,316 kes positif berbanding 1,289 semalam disusuli Terengganu menunjukkan kenaikan iaitu sebanyak 789 kes positif hari ini berbanding 739 semalam.
Pahang pula yang merekodkan 579 kes semalam turut menunjukkan kenaikan menjadi 839 kes hari ini.
Sabah turut menunjukkan penurunan pada hari ini dengan merekodkan 2,578 kes positif berbanding 2,834 semalam manakala kes naik di Sarawak daripada 2,427 kes semalam kepada 2,522 hari ini.-MalaysiaGazette