Home Sukan Pemain tenis perlu suntik vaksin demi keselamatan awam

Pemain tenis perlu suntik vaksin demi keselamatan awam

Andy Murray mendesak para pemain tenis dunia menunjukkan tanggungjawab terhadap keselamatan awam dengan segera mengambil suntikan vaksin Covid-19. Kredit Foto: Getty Images BBC.com

LONDON – Jaguh tenis, Andy Murray menegaskan para pemain-tenis mempunyai tanggungjawab menjamin keselamatan orang awam kerana menggembara serata dunia untuk setiap kejohanan tenis.

Bagi memastikan keselamatan komuniti sekitar lebih selamat, pemain tenis perlu menerima hakikat penularan Covid-19 dan wajib melaksanakan tanggungjawab dengan menyuntik vaksin lengkap seperti disarankan.

Ramai jaguh tenis enggan menerima vaksinasi dan perlawanan tenis belum menjadikan vaksin sebagai syarat penyertaan dalam kejohanan.

Namun memandangkan penonton tenis di Tenis Terbuka Amerika Syarikat perlu menunjukkan bukti mereka telah menerima satu dos vaksin, fokus kini beralih kepada pemain tenis untuk diwajibkan mengambil imunisasi berkenaan.

“Saya berharap lebih banyak pemain tenis menjalankan tanggungjawab dengan mengambil vaksin Covid-19 selepas ini,” katanya sebelum aksi pertama menentang Stefanos Tsitsipas Isnin ini.

“Penganjur dijangka akan membenarkan pemain yang sudah vaksinasi untuk berlatih dan bergerak bebas tanpa potensi dikuarantin awal.

“Di New York, bukti penerimaan vaksinasi penuh disyaratkan untuk mengakses dine-in, pusat gimnasium dan fasiliti hiburan. Saya berasa seperti menghayati kehidupan normal yang lebih bebas,” katanya yang sudah mengambil vaksin penuh.-BBCSport.com