KUALA LUMPUR – Belajar daripada peristiwa buruk yang berlaku di negara dan kembali mencipta kejayaan pada masa depan.
Itu ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam video sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 yang disiarkan dalam media sosialnya malam ini.
“Insya-Allah segala masalah akan dapat kita atasi. Apa yang penting ialah kita belajar daripada peristiwa-peristiwa buruk yang berlaku dalam negara supaya kita dapat tolak cara merugikan kita,” katanya yang juga Pengerusi Parti Pejuang.
Dr. Mahathir yakin jika kembali kepada cara-cara yang memberi kejayaan negara sehingga dikenali Harimau Malaysia satu masa dahulu.- MalaysiaGazette