Home Utama Lembah Klang boleh beralih ke fasa seterusnya – PM

Lembah Klang boleh beralih ke fasa seterusnya – PM

National Recovery Plan PPN Phase 1 Phase 2 Klang Valley Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 29 AUGUST 2021.
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 29 AUGUST 2021.

KUALA LUMPUR – Kawasan Lembah Klang boleh beralih ke fasa seterusnya susulan kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook beliau sebentar tadi.

Bagaimanapun katanya, semua itu bakal diputuskan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 hari ini.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80%! Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.

“Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, InsyaAllah. Once again I am so proud of everyone involved and this remarkable achievement,” katanya menerusi hantaran di laman sosial berkenaan.

Terdahulu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, jumlah kumulatif pemberian vaksin sehingga jam 11.59 malam ini telah mencecah 34,027,548 dos.

Negeri terbanyak menerima dos vaksin sekurang-kurangnya satu dos ialah Lembah Klang 6,836,892 dan 5,563,589 dos kedua.

Lembah Klang adalah gabungan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. – MalaysiaGazette