Wednesday, November 27, 2024
Home Nasional Tun Sakaran meninggal dunia

Tun Sakaran meninggal dunia

Tun Sakaran Dandai dies of Covid-19
Tun Sakaran Dandai
KOTA KINABALU – Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 pagi tadi.
Perkhabaran itu disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran sebentar tadi.
“Ya ayah sudah meninggal dunia. Kami dimaklumkan oleh pihak hospital pada pukul 6 pagi.
“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya yang dipetik Astro Awani.
Terdahulu, Allahyarham, 91 tahun, dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 18 Ogos susulan dijangkiti COVID-19.
Sakaran, berasal dari Semporna, berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002.
Beliau sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994. – MalaysiaGazette