Home Nasional Tambahan dua hari sidang Dewan Rakyat, beri laluan selesaikan usul kerajaan

Tambahan dua hari sidang Dewan Rakyat, beri laluan selesaikan usul kerajaan

resignation resign Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Perikatan Nasional PN majority support Muhyiddin face mask MP Members of Parliament MPs
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Tambahan dua hari persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang sepatutnya berlangsung selama 15 hari adalah bagi memberi laluan kepada hal-hal atau usul kerajaan yang perlu diselesaikan pada tambahan hari tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azhar sebelum ini memaklumkan sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 15 hari bermula 6 hingga 30 Sept depan.

Bagaimanapun menerusi notis yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin semalam, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 itu dipinda kepada 13 Sept hingga 12 Okt dan akan berlangsung selama 17 hari.

Semalam, beberapa Ahli Parlimen turut berkongsi notis berkenaan menerusi media sosial masing-masing.

Azhar dalam pada itu turut memaklumkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat, Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat sememangnya mempunyai budi bicara untuk menukar tarikh persidangan sekiranya beliau fikirkan sesuai. – MalaysiaGazette