Home Sukan Wei Lun menang pingat perak

Wei Lun menang pingat perak

240513110_10158091509910952_2284406576007851301_n-640x466
Chew Wei Lun membawa pingat perak dalam acara Boccia.

KUALA LUMPUR – Seorang lagi atlet negara mendapat pingat dalam Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo hari ini.

Atlet berkenaan, Chew Wei Lun membawa pingat perak dalam acara Boccia.

“Alhamdulillah, what a great start for September. Chew Wei Lun berjaya membawa pulang pingat perak setelah memberi saingan sengit terhadap atlet yang berada di ranking no 1 dunia, David Smith dari Great Britain dengan skor 4-2,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Menurutnya, Wei Lun merupakan atlet yang berada di ranking ke-11 dunia dan sebelum itu beliau telah berjaya mengalahkan pemain di ranking lebih tinggi iaitu Sungjoon Jung dari Korea dan Witsanu Huadpradit dari Thailand.

“Thanks Wei Lun for the amazing performance! Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian ini,” kata Reezal Merican.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengucapkan tahniah kepada Wei Lun.- MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts