Home Nasional Gangguan air di Selangor, Putrajaya, pulih sepenuhnya

Gangguan air di Selangor, Putrajaya, pulih sepenuhnya

water supply Residents collecting water at a water tanker supplied by Air Selangor following water supply disruption at the area. Sungai Semenyih odour pollution water treatment plant
Pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah mencapai tahap 98 peratus setakat 6 pagi ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekalan air di 463 kawasan yang terjejas akibat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas susulan pencemaran bau pada Selasa, pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata kawasan berkenaan meliputi wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

— BERNAMA