KINSHASA – Hampir 4,500 orang jatuh sakit di selatan Republik Congo selepas berlaku kebocoran toksik daripada lombong berlian di Angola.
Menteri Alam Sekitar, Eve Bazaiba berkata, setakat ini 12 orang sudah meninggal dunia.
Menurutnya, negara itu akan menuntut ganti rugi atas kerosakan yang disebabkan tetapi tidak menyatakan jumlahnya.
Syarikat perlombongan itu belum membuat sebarang kenyataan.
Kebocoran yang berlaku pada bulan lalu dari takungan yang mengandungi produk sampingan logam berat menyebabkan sungai menjadi merah, membunuh ikan, badak sumbu dan haiwan lain. – BBC