KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Rosnah Rashid Shirlin dilantik Penasihat Khas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Nama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu telah disenaraikan dalam direktori Pejabat Menteri Kesihatan https://www.moh.gov.my/index.php/edirectory/member_list/19/1.
Rosnah merupakan bekas Ahli Parlimen Papar dan mempunyai latar belakang undang-undang.
Beliau dilantik timbalan menteri kesihatan pada tahun 2009 selain pernah menjawat jawatan timbalan menteri kerja raya pada 2013 sehingga 2018 sebelum tewas dalam pilihan raya umum ke-14.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette