KUALA LUMPUR – Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou berjaya memenangi pingat emas kedua buat negara di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo hari ini.
Pemain berusia 33 tahun itu juga mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara dalam sukan dalam temasya berprestij itu.
Sebagai rekod, ini adalah kali pertama sukan badminton dipertandingan di Sukan Paralimpik.
Liek Hou yang beraksi bagi kategori SU5 cemerlang apabila menewaskan pemain nombor satu dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.
Dia menjadi penyumbang emas kedua kontinjen negara selepas jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas pertama minggu lalu.
Dengan kejayaan itu, Liek Hou yang dibimbing Datuk Rashid Sidek akan menerima ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful. – MalaysiaGazette