Home Nasional KKM temui 37 lagi kluster baharu Covid-19

KKM temui 37 lagi kluster baharu Covid-19

Sebanyak 7 kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam perkembangan terbaharu jangkitan pandemik maut itu hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 37 lagi kluster Covid-19 yang baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 21 kluster tempat kerja, 12 komuniti manakala, tiga lagi kumpulan berisiko tinggi serta satu pusat tahanan.

Katanya, kluster-kluster itu ditemui di Selangor (5), Johor (8), Kelantan (7), Pulau Pinang (3), Pahang (3), Negeri Sembilan (2), Kedah (1), Sabah (2), Sarawak (3), Labuan (1), Perak (1) dan Kuala Lumpur (1).

Terdapat 1,457 kluster masih aktif namun, sebanyak 3,434 kluster telahpun ditamatkan. – MalaysiaGazette

 

+ posts