Home Nasional Pesawat TUDM terbang rendah semasa Eksesais Ababil 2021 mulai 7 Sept

Pesawat TUDM terbang rendah semasa Eksesais Ababil 2021 mulai 7 Sept

Persembahan pesawat akrobatik negara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 31 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais Ababil 2021 di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud mulai 7 hingga 17 Sept ini melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan eksesais itu bertujuan menilai kecekapan juruterbang-juruterbang TUDM, anggota-anggota Pasukan Khas TUDM serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara.

“Selain itu, eksesais ini bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan dalam pelaksanaan tugas operasi bersama melibatkan pesawat daripada pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

“Sepanjang eksesais berlangsung, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan,” menurut kenyataan itu.

TUDM turut memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh eksesais. – MalaysiaGazette

+ posts