Home Dunia Serangan peluru berpandu ke wilayah minyak Arab Saudi dipintas

Serangan peluru berpandu ke wilayah minyak Arab Saudi dipintas

Serangan peluru berpandu ke Arab Saudi berjaya dipintas. foto EPA

DUBAI – Serangan peluru berpandu balistik yang wilayah timur yang kaya dengan minyak Arab Saudi berjaya dipintas, kata gabungan yang dipimpin Arab Saudi yang memerangi kumpulan Houthi di Yaman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh media Kerajaan Arab Saudi.

Peluru berpandu itu dipintas di bandar Dammam, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Gabungan itu mendakwa serangan itu dilakukan oleh pasukan Houthi yang berpihak kepada Iran.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Gabungan itu juga mengatakan ia memintas dan menghancurkan peluru berpandu balistik menuju ke Jazan dan Najran, kedua-duanya di bahagian selatan negara itu.

Terdahu, gabungan tentera tersebut turut dilaporkan memintas tiga dron yang penuh dengan bahan letupan yang diarahkan ke Arab Saudi.

Bahagian timur Arab Saudi adalah lokasi infrastruktur minyak yang penting yang sebelumnya telah menjadi sasaran dan terkena serangan udara.

Serangan pada bulan September 2019 terkena dua kilang Aramco menyebabkan hanya separuh daripada pengeluaran minyak negara itu dapat dikeluarkan.

Houthi, yang secara teratur melancarkan dron dan peluru berpandu ke kerajaan telah mengaku bertanggungjawab atas beberapa serangan terhadap loji minyak pada masa lalu.

Seorang sumber yang mengetahui mengenai kejadian terbaharu ini berkata, serangan berkenaan tidak ada memberi kesan terhadap kemudahan milik syarikat gergasi minyak Saudi Aramco kerana ia berlaku di luar kemudahan syarikat itu. – Reuters