Home Nasional Wanita ditemukan mati dalam rumah

Wanita ditemukan mati dalam rumah

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan ditemukan mati tergantung di dalam rumahnya di Taman Teratai, Senawang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, Bilik Gerakan IPD Seremban telah menerima panggilan tentang kejadian itu jam 5.59 petang semalam.

Menurutnya, mangsa dikenalpasti sebagai wanita tempatan berusia 33 tahun.

“Polis bergegas ke lokasi kejadian mendapati mangsa ditemui  tidak bernyawa dan tergantung di kipas ruang tamu kediamannya.

“Hasil pemeriksaan lanjut pada badan mangsa telah menjumpai kesan calar di pergelangan tangan kiri disyaki mencederakan diri,” katanya dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu pada pagi ini.

Tambah beliau, wanita itu disahkan telah meninggal dunia anggaran jam satu hingga dua jam selepas ditemui.

“Polis telah menghantar mayat si mati ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat punca kematian.

“Setakat ini polis mendapati tiada terkesan sebarang unsur jenayah.

“Kes telah diklasifikasikan serta di siasat dibawah Lapuran Mati Mengejut (SDR),” tegas beliau. MalaysiaGazette