Home Nasional Angka korban Covid-19 cecah 272 kes

Angka korban Covid-19 cecah 272 kes

Petugas Unit Forensik melakukan kerja-kerja mengurus mayat yang kini ditempatkan dalam kontena khas selepas peti beku sedia ada telah penuh berikutan peningkat kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021 - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angka terbaharu mangsa korban akibat Covid-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 272 orang berbanding 336 semalam.

Ia sekaligus menjadikan kumulatif kematian  direkodkan setakat ini sebanyak 18,941 kes atau 0.99 peratus daripada jumlah kesuruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut seramai 227 orang warga tempatan manakala selebihnya bukan warganegara.

“Justeru sebanyak 191 kes kematian berlaku di hospital manakala 81 kes kematian lagi berlaku di luar hospital atau Brought in Dead (BID).

“Daripada jumlah kematian pada hari ini seramai 164 orang adalah lelaki manakala 108 orang mangsa adalah wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini sebanyak 17, 352 kes telah direkodkan iaitu penurunan sebanyak 3,044 kes berbanding 20, 336 kes semalam.

Justeru daripada jumlah 17,352 kes, lapan adalah import membabitkan lima warga tempatan dan tiga bukan warganegara.

Manakala sebanyak 17,344 daripadanya adalah kes tempatan membabitkan 15,122 adalah warganegara dan 2,222 lagi warga asing.

Sebanyak 252, 668 kes aktif dilaporkan hai ini manakala 1,355 kes memerlukan rawatan Unit Rawatan Rapi manakala 745 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selangor dan Johor masing-masing merekodkan kematian tertinggi iaitu masing-masing 63 kematian akibat Covid-19 disusuli Sabah melaporkan 31 kematian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 21 kematian, Pulau Pinang 20 kematian, Sarawak (17), Kedah (14 kematian) dan perlis merekodkan hanya dua kematian yang mana kedua-duanya lelaki warga tempatan.

Tambah beliau, daripada 272 yang meninggal 24 jam yang lalu, 167 orang daripadanya mempuyai sejarah penyakit kronik yang mana 45 orang daripadanya dilaporkan di Johor, 24 mangsa dari Sabah dan Sarawak serta Pulau Pinang masing-masing 16 dan 15 mangsa berpenyakit kronik.

“Daripada 81 kes kematian BID yang dirujuk ke hospital, 56 daripadanya adalah warga tempatan dan 25 lagi warga asing, tegasnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Kes positif turun lebih 3,000 berbanding semalam