KUALA – Pelakon, Fazura bersyukur kerana dikelilingi orang-orang positif dalam hidupnya ketika ini.
Menurut wanita berusia 37 tahun itu, walaupun ada insan yang tidak menunjukan sokongan secara terang-terangan, namun mereka tetap ada bersamanya.
“Dalam susah dan senang, awak selalu ada dengan saya. Bulan September yang sangat padat. Kadang-kadang rasa masa itu sangat singkat.
“Sekejap saja kita sudah sampai ke sini. Banyak perasaan yang kita lalui bersama sepanjang pandemik ini, tidak kurang juga banyak yang harus kita syukuri.
“Kita masih di sini. Banyak yang pasti sudah kita pelajari dan masih ada peluang untuk perbaiki, Insya-Allah,” tulisnya di Instagram.
Sementara, isteri pelakon Fattah Amin itu turut mendoakan semoga apa saja yang dilakukan mendapat keredaan Allah SWT.
“Semoga kita sentiasa menjaga dan memperbetulkan niat, serta dikurniakan kekuatan untuk terus melangkah ke depan.
“Pandang ke depan, berpijak di bumi nyata, kita pasti dapat lakukan ini!,” coretnya.
Sebelum ini, Fazura terharu apabila tudung keluarannya, Tudung Fazura berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak dapat menahan emosi apabila ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya, sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette