KUALA LUMPUR – Angka korban akibat Covid-19 bertambah lagi hari ini dengan 311 kes kematian dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia kini 18,802.
Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 juga tinggi dengan 252,002 direkodkan.
“Sebanyak 1,318 kes kini sedang dirawat di Unit rawatan rapi (ICU) dengan 735 daripada memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, jumlah kes sembuh turut meningkat dengan 18,902 kes dicatatkam menjadikan bilangan pesakit yang pulih daripada Covid-19 iaitu 1,609,930 orang.
Terdahulu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 18,547 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 18,529 kes adalah penularan tempatan manakala 18 lagi merupakan kes import. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Covid-19: 18,547 kes hari ini, Sarawak pula catat kes tertinggi