PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diarahkan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Dis ini bagi mematuhi keputusan mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
“SPR diminta untuk melaksanakan apa sahaja yang perlu berlandaskan kuasa di bawah SPR yang disebut hakim di Sarawak untuk melaksanakannya,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke SPR di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuching Jumaat lepas memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Dis tahun ini.
Wan Junaidi berkata kerajaan belum membuat keputusan untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut dan arahan daripada Mahkamah Tinggi Kuching itu masih kekal sebagai undang-undang yang perlu dipatuhi.
“Belum lagi diputuskan, kena dapat perbincangan mendalam dengan Jabatan Peguam Negara dan mendapat keputusan dasar daripada Jemaah Menteri,” katanya.
Beliau berkata perbincangan menyeluruh perlu diadakan antara SPR dan Jabatan Peguam Negara mengenai tindakan yang perlu diambil jika negeri-negeri berkenaan masih tidak bersetuju dengan penurunan umur menjadi calon ADUN.
— BERNAMA
mengundi bukan ikut nafsu…..GUNA AKAL dan buka mata…..BUKAN dengan janji bintang bulan emas akhirnya terkencing dan dikencingkan……apalagi darah MUDA cepat melenting berontak dan berdemo sebagai jalan singkat