Home Nasional Golongan remaja Lembah Klang akan terima vaksin Pfizer – KJ

Golongan remaja Lembah Klang akan terima vaksin Pfizer – KJ

Jururawat menunjukkan kapsul vaksin covid-19 Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Hospital UiTM Sungai Buloh. Foto HAFIZ SOHAIMI, 04 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Golongan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di Labuan dan Lembah Klang akan diberikan vaksin Pfizer tidak lama lagi.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah meluluskan pemberian vaksinasi Covid-19 bagi golongan tersebut, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Program vaksinasi golongan remaja akan bermula di Sarawak hari ini.

“Vaksinasi Sarawak akan bermula hari ini dengan remaja berumur 16-17 tahun dan 12-15 tahun yang berisiko tinggi (tanpa keadaan kesihatan yang kronik).

“Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi. Kami akan memberi mereka vaksin Pfizer,” katanya menerusi Twitter. – MalaysiaGazette