Home Utama Hutan Simpan Kuala Langat Utara diwartakan semula – Amirudin

Hutan Simpan Kuala Langat Utara diwartakan semula – Amirudin

Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang hari ini memutuskan untuk mewartakan semua Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Serentak itu Selangor akan menghentikan cadangan pelan pembangunan ke atas kawasan tersebut serta membatalkan pemberimilikan tanah itu kepada syarikat terbabit.

Bagaimanapun Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hanya 104 ekar (42.08 hektar) daripada jumlah keseluruhan 1,326 ekar (536.7 hektar) kawasan terbabit akan kekal dinyahwarta bagi melengkapkan pemberimilikan tanah kepada Kampung Orang Asli Busut Baru bagi menyelesaikan isu yang tertangguh sejak tahun 2006 selepas dipindah dari penempatan asal mereka pada 1994 untuk tujuan pembinaan KLIA.

Artikel berkaitan: HSKLU: ADUN DAP perlu buktikan main peranan semak dan imbang

HSKLU bukan penempatan warisan Orang Asli

Mustahil kerajaan Selangor tidak tahu keputusan nyah warta HSKLU – Shahril

Tengku Amir nafi ada kaitan dengan pemaju HSKLU

NGO bantah kerajaan Selangor nyahwarta HSKLU

Nyahwarta HSKLU: Jika MB berkeras, Kerajaan Pusat wajar guna peruntukan yang ada

Pemuda PH Kuala Langat bantah cadangan nyahwarta HSKLU

Menteri Besar Selangor itu menambah, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan sebahagian kecil lagi kawasan akan kekal nyahwarta untuk tujuan pertimbangan jajaran East Coast Rail Link (ECRL).

Kawasan gantian yang diwartakan sebagai seluas 1,436 ekar (581 hektar) di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga akan kekal statusnya sebagai Hutan Simpan Kekal.

“Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa segala proses penyahwartaan sebelum ini telah mengikuti segala prosedur dan tatacara yang dinyatakan mengikut lunas undang-undang.

”Sebagai sebuah kerajaan yang berteras prinsip akauntabiliti, kerajaan negeri akan menulis surat kepada speaker Dewan Negeri Selangor untuk mengadakan sidang Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi menjawab sebarang isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan penyahwartaan sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tahniah rakyat Selangor dan rakyat umum pencinta alam sekitar… kita menang!!! Nampaknya MB Selangor telah tercyduk…dan towkey besar, sorry ye towkey…towkey tak boleh dapat untung besar!!! Pilihan raya susah dekat woo..!!! Kita JV lain tempat lepas pilihanraya meh!!!

Comments are closed.