Home Nasional LPPR pandang serius isu penarikan kes perbicaraan individu tertentu

LPPR pandang serius isu penarikan kes perbicaraan individu tertentu

MARA Corp Corporation MEIO Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million CBT missing case item Malaysian Indian Transformation Unit MITRA funds Indians MACC logo MP Sabah Hasanah Abdul Hamid remand senior officers Malaysian Anti-Corruption Commission Ahmad Maslan compound punitive action
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang pembantu pegawai sebuah agensi bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Terdapat elemen-elemen kekurangan dalam siasatan serta keputusan pendakwaan membabitkan Ahli Lembaga Pengarah FELDA, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashidpada awal Februari 2019 oleh Peguam Negara serta pengurusan dan pentadbiran SPRM ketika itu dibuat tanpa pertimbangan yang menyeluruh.

Artikel berkaitan:

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, oleh kerana sesuatu kes diambil tindakan ketika itu tidak telus dan tidak profesional lebih menjurus kepada kepentingan politik telah menyebabkan pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya.

“Saya dan kesemua ahli jawatankuasa LPPR SPRM tidak mahu SPRM dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku dahulu, kita tidak mahu terus berulang.

“Prinsip check and balance yang diamalkan sekarang hendaklah dilaksanakan dengan bijak, telus dan bertanggungjawab serta penuh integriti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Abu Zahar, LPPR telah mendapatkan pandangan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan agensi penguatkuasaan itu berhubung penarikan baik kes Noor Ehsanuddin.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum penarikan balik kes berkenaan berasas fakta baharu daripada siasatan lanjut setelah tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 ketika perbicaraan.

Katanya, LPPR memandang serius berhubung isu penarikan balik kes-kes melibatkan individu tertentu semasa perbicaraan sedang berlangsung.

“Saya selaku Pengerusi LPPR bersama enam lagi ahli-ahli lain telah mengadakan perbincangan dan sebulat suara menyatakan pendirian LPPR yang memandang serius berhubung isu penarikan balik kes-kes melibatkan individu tertentu semasa perbicaraan sedang berlangsung.

“Dalam hal ini, LPPR tidak bertolak ansur demi menjaga imej, kredibiliti dan integriti SPRM,” katanya.

LPPR adalah satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM yang diwujudkan mengikut Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Siasat sampai habis angkat balik kes untok kepuasan rakyat. Kerja biar bertanggong jawab jangan lepas batok ditangga ingat gaji itu duit rakyat bukan duit kerajaan.

Comments are closed.