Home Sukan Liga Perdana: Kelab ‘perlu tahu’ sekiranya pemain Brazil digantung

Liga Perdana: Kelab ‘perlu tahu’ sekiranya pemain Brazil digantung

Bintang tengah Manchester United Fred antara pemain yang ditahan kelab daripada menyertai tugas skuad Brazil untuk menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 kali ini berdepan risiko penggantungan dari FIFA. Kredit BBC Sport via Getty Images

LONDON – Enam kelab Liga Perdana Inggeris yang enggan melepaskan pemain untuk kelayakan Piala Dunia Brazil “perlu diberitahu” jika pemain tersebut  digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ketua Eksekutif Persatuan Kelab Bola Sepak Eropah Charlie Marshall berkata, kelab-kelab terbabit perlu dimaklumkan dalam masa 24 jam sama ada mereka masih boleh menggunakan pemain Brazil dalam aksi liga domestik selepas ini.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mempunyai kuasa untuk menggantung pemain Brazil yang tidak dilepaskan untuk perlawanan antarabangsa oleh mana-mana kelab liga domestik.

Sembilan pemain dari kelab EPL dipilih dan dipanggil untuk melaporkan diri bersama skuad Brazil kali ini bagi menghadapi tiga perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia.

Pemain-pemain itu adalah tiga dari Liverpool iaitu Alisson, Fabinho dan Roberto Firmino; Ederson dan Gabriel Jesus dari Manchester City; bintang pertahanan Chelsea Thiago Silva, Fred dari Manchester United, penyerang Leeds Raphinha dan penyerang Everton Richarlison.

Wolves, Newcastle, Watford dan Blackburn antara kelab liga England yang akan kehilangan pemain mereka minggu ini selepas skuad Chile, Mexico dan Paraguay mengemukakan aduan rasmi kepada FIFA empat kelab di atas menahan pemain mereka.

Bagaimanapun, kelab-kelab dalam EPL belum dimaklumkan sama ada pemain yang ditahan oleh kelab masing-masing daripada menyertai skuad kebangsaan Brazil akan digantung oleh FIFA atau sebaliknya.

“Isu ini akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam lagi.

“Liverpool dan kelab lain dalam Liga England perlu tahu sama ada mereka dibenarkan menggunakan pemain Brazil dalam aksi liga domestik hujung minggu ini ataupun tidak.

“Jika FIFA melarang penggunaan pemain Brazil, maka kelab-kelab yang terlibat akan dimaklumkan segera,” kata Marshall.-BBC Sport.com