Home Seni Hidup Aishah bebas Covid-19, keluar hospital

Aishah bebas Covid-19, keluar hospital

Foto Instagram Aishah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aishah melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang ke rumah semalam selepas 12 hari melawan Covid-19 di hospital.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya sepanjang dirinya dijangkiti wabak itu.

Menurut penyanyi berusia 56 tahun ini, sudah ditakdirkan dia jangkiti juga virus tersebut biarpun hanya berada di rumah sepanjang tempoh dua tahun.

“Alhamdulillah… tak tahu nak cakap apa. Betapa bersyukurnya hari yang dinanti-nantikan. Dapat balik rumah. Terima kasih, Alhamdulillah.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sekarang ini, doakan saya terus sembuh sepenuhnya. Nasibnya, saya dua tahun duduk rumah, Allah nak jadikan, kena juga.

“Jaga diri. Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga saya selama 12 hari di hospital,” katanya.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Aishah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 30 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan mengalami simptom demam panas dan semput.

Dua hari dirawat di hospital akibat Covid-19, Aishah memberitahu oksigennya turun ke paras 88 peratus selepas doktor cuba membuka alat pernafasan tersebut. – MalaysiaGazette