ITALI – Penemuan seekor ikan yu oleh anggota-anggota pasukan marin Itali menjadi perbualan orang ramai kerana haiwan itu memiliki wajah seperti babi
Daily Star melaporkan, ikan yu itu ditemui di perairan Pulau Elba, kelmarin.
Haiwan itu dikenal pasti sebagai Angular roughshark atau nama saintifiknya, Oxynotus Centrina.
Ia merupakan spesies yang jarang ditemui itu menjadi tular kerana mempunyai mata bulat dan muncung seperti seekor babi.
Ikan tersebut turut dikenali sebagai yu berwajah babi.
Ikan jerung itu juga disenaraikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN) sekali gus spesies terancam.
Haiwan marin itu pada kebiasaannya hidup pada kedalaman 700 meter di bawah laut.
Wakil Akuarium Elba, Yuri Tiberto memberitahu bahawa penemuan ikan yu jenis tersebut sangat jarang berlaku. – Daily Star