KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat penerbangan helikopter miliknya di ruang udara berhampiran Singapura hari ini bagi tugas rasmi.
Namun, sepanjang penugasan itu, PDRM tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa ruang udara Singapura mengenai insiden helikopter itu telah memasuki ruang udara negara jiran, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Hazani Ghazali.
Beliau berkata demikian bagi menjawab sebaran mesej di media sosial yang mendakwa helikopter PDRM telah menceroboh ruang udara Singapura. – MalaysiaGazette