Home Utama Covid-19 rekod kematian tertinggi 592 kes

Covid-19 rekod kematian tertinggi 592 kes

Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 592 kematian akibat pandemik Covid-19 direkodkan semalam termasuk 88 mangsa yang dibawa ke hospital selepas meninggal dunia (BID).

Jumlah tersebut merupakan yang tertinggi direkodkan setakat ini.

Angka terkini itu menjadikan jumlah korban Covid-19 di Malaysia sejak Februari 2019 adalah sebanyak 20,419 kematian.

Lapora terkini Covid-19 yang dipaparkan di laman web http://covidnow.moh.gov.my menunjukkan seramai 724 pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan manaka 548 pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hosital-hospital di seluruh negara.

Kematian tertinggi dicatatkan di Lembah Klang iaitu sebanyak 367 kes dengan 8 kes di Kuala Lumpur dan 359 kes lagi di Selangor manakala tiada kematian dicatatkan di Labuan serta Putrajaya.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 12,997 pesakit sedang dirawat di hospital, 25,595 pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 199,487 mereka yang positif wabak tersebut sedang menjaani kuarantin di rumah.

Jumlah kes aktif setakat ini adalah sebanyak 239,351 kes. – MalaysiaGazette