Home Nasional Lima projek jalan, jambatan lewat siap kerana kesan pandemik

Lima projek jalan, jambatan lewat siap kerana kesan pandemik

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri (tengah) awatan kerja ke tapak jambatan Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya hari ini.

JOHOR BAHRU  – Lima projek melibatkan pembinaan jambatan dan jalan di daerah ini telah dikenalpasti lewat disiapkan mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, kesemua projek itu lewat siap itu memakan masa antara enam bulan hingga setahun dari tempoh yang diberikan.

Ia  termasuklah kerja menaik taraf dan bina baru jambatan Kampung Perigi Acheh di Pasir Gudang, kerja naik taraf jalan utama Gelang Patah – Ulu Choh, kerja melebar Sungai Masai di Jalan Masai Lama dan kerja naik taraf jalan dari Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya.

“Kita telah kenalpasti puncanya projek berkenaan mengalami kelewatan adalah disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

“Semua ini bersangkut paut termasuklah  disebabkan masalah kekurangan tenaga kerja yang terpaksa dihadapi syarikat kontraktor dilantik.

“Selain itu juga kekurangan bekalan bahan mentah berikutan kilang tidak beroperasi serta masalah pengurusan,” katanya selepas lawatan kerja ke tapak jambatan Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya hari ini.

Menurut Mohd Solihan, seperti contoh, projek kerja naik taraf jalan dari Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya sepanjang 2.2 kilometer yang dimulakan pada Februari 2018 itu sepatutnya siap Julai lalu.

Namun projek berkenaan hanya mampu disiapkan 88 peratus sahaja sehingga kini.

“Isu jambatan ini antara sebab utama kelewatannya adalah struktur jambatan tersebut, yang mana kerangka jambatan itu tidak dapat disiapkan oleh kilang kerana tidak dibenarkan beroperasi sebelum ini.

“Tetapi kini kilang terbabit telah kembali memulakan operasi dan saya dijangkaan ianya akan dapat membekalkan struktur berkenaan dalam masa terdekat.

“Apabila siap kelak, pelebaran jalan dari dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala ini akan melancarkan perjalanan yang menghubungian Kempas ke Seelong,” katanya yang menjangka projek bernilai RM29.6 juta itu bakal siap menjelang akhir tahun ini.- MalaysiaGazette