Home Nasional Pelancong guna pesawat udara ke Langkawi tak perlu surat polis

Pelancong guna pesawat udara ke Langkawi tak perlu surat polis

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari polis bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya.

“Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan Twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian susulan program perintis pelancongan gelembung pelancongan Langkawi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Kementerian Kesihatan juga mengingatkan semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi, Kedah di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pada 9 September lepas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara termasuk dari negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh mengunjungi Pulau Langkawi mulai 16 September ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pengunjung Langkawi dinasihat patuh SOP – KP Kesihatan