Home Nasional 292 kematian akibat Covid-19 direkodkan, Sabah catat korban tertinggi

292 kematian akibat Covid-19 direkodkan, Sabah catat korban tertinggi

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 292 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dalam maklumat terkini yang dmuatnaik di  http://covidnow.moh.gov.my.

Angka tersebut mencatatkan penurunan berbanding kelmarin iaitu 592 kematian.

Ia menjadikan kes kumulatif jumlah korban akibat virus di dalam negara setakat ini adalah sebanyak 20,711 kes.

Data terkini itu juga menunjukkan daripada 292 kematian, sebanyak 106 kes dilaporkan di luar hospital atau Brought In Dead (BID).

Ia sekaligus menjadikan kes kumulatif kematian kategori BID adalah berjumlah 3,782 kes dalam negara.

Sabah merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 84 kes diikuti Lembah Klang 63 kes, Kedah (36), Negeri Sembilan (29), Kuala Lumpur (18), Pulau Pinang dan Johor masing-masing 16 kes dan Kelantan (13).

Perak merekodkan 11 kematian disusuli Sarawak sembilan kematian, Pahang, tujuh kematian, Terengganu empat kes dan Perlis serta Melaka masing-masing dua kes sahaja.

Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya pula tidak mencatatkan sebarang kematian.-MalaysiaGazette

+ posts