Home Sukan Hatrik Benzema bantu Los Blancos ungguli carta La Liga

Hatrik Benzema bantu Los Blancos ungguli carta La Liga

Karim Benzema membuka gol hatrik membantu pasukannya menduduki tangga teratas La Liga dengan 10 mata selepas 4 perlawanan.Kredit Gambar: BBC Sport via Getty Images

MADRID – Penyerang Karim Benzema membuka hatrik sebelum Real Madrid bangkit menewaskan Celta Vigo 5-2 dalam aksi pertama La Liga Sepanyol di Santiago Bernabeu musim ini.

Tuan rumah telah dikejutkan dengan gol awal pengunjung pada minit keempat menerusi Mina Lorenzo sebelum Benzema mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-24.

Bagaimanapun, Celta Vigo terus menggunakan kelemahan pertahanan the Galacticos sebelum membuka gol keduanya pada minit ke-31 menerusi Cervi.

Skuad Carlo Ancelotti tidak menjangkakan gol kedua dari pasukan lawan sebelum perlawanan separuh masa pertama berkesudahan 2-1 memihak kepada pelawat.

Di separuh masa keduanya, Los Blancos terus memberikan reaksi segera untuk bangkit mengikat kedudukan semula 2-2.

Benzema berjaya menemui gawang gol lawan pada minit ke -46.

Untuk mengelak kesilapan sekali lagi, kali ini Real Madrid telah bermain penuh berhati-hati sebelum Vinicius Junior membuka gol ketiga pasukannya pada minit ke-54.

Kemudian pemain baharu Madrid Camavinga pula membuka jaringan dalam penampilan julungkalinya pada minit ke72.

Tiga minit sebelum wisel tamat perlawanan 90 minit ditiup, Benzema berjaya menjaringkan gol hatrik dan juga kelima untuk pasukannya dengan menyempurnakan sepakan penalti.

Dengan kemenangan itu, Real Madrid berjaya mengumpul 10 mata dan mengungguli carta La Liga.

Valencia menduduki tempat kedua dengan 10 mata juga disusuli Atletico Madrid di tangga ketiga dengan 10 mata.

Walaupun kerja pembinaan stadium sedang dilaksanakan di Stadium Santiago Bernabeu, kira-kira 30,000 penyokong telah dibenarkan memasuki stadium memandang ia merupakan aksi pertama Los Blancos di halaman sendiri selepas kali terakhir semasa El Clasico pada 1 Mac 2020 menewaskan Barcelona.-BBC Sport.com