Home Nasional Puspakom Keningau tutup hari ini

Puspakom Keningau tutup hari ini

Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Puspakom mengambil langkah menutup sementara
operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaannya di Keningau, Sabah pada hari ini untuk melakukan proses disinfeksi dan sanitasi bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Operasi dibuka semula pada hari Selasa, 14 September 2021.

Temujanji pemeriksaan pada 13 September 2021 akan dibatalkan dan bayaran temujanji akan
dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari.

Sehubungan dengan ini, pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji
MyPUSPAKOM jika menerimanya sepanjang tempoh penutupan cawangan tersebut. – MalaysiaGazette