Home Nasional Tahniah untuk atlet negara, petugas barisan hadapan – Agong

Tahniah untuk atlet negara, petugas barisan hadapan – Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. endemic phase Parliament federal awards
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada para atlet termasuk atlet para yang mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik 2020.

Seri Paduka turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan khususnya anggota perkhidmatan awam yang menjaga negara setiap masa daripada penularan virus Covid-19.

Justeru, Baginda mengajak semua ahli Parlimen memberi tepukan kepada semua petugas barisan hadapan dan para atlet negara sebagai menghargai usaha mereka kepada negara.

“Pada kesempatan ini, beta ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan para atlet negara di Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang telah berjuang mengharumkan nama negara dengan berbekalkan sokongan dan doa dari seluruh rakyat Malaysia.

“Beta juga amat menghargai taat setia dan sumbangan anggota-anggota perkhidmatan awam; Angkatan Tentera Malaysia; Polis Di-Raja Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang telah mencurahkan khidmat bakti sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman; makmur dan di-segani.

“Dlam negara berhadapan saat getir mengharungi pandemik Covid-19; petugas barisan hadapan negara khususnya perkhidmatan kesihatan terus ber-usaha keras mencurah khidmat bakti tanpa mengenal penat dan lelah serta berhadapan dengan pelbagai 27 cabaran dalam sebuah lanskap tempoh pandemik yang panjang.

“Justeru; marilah kita terus menyokong dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan sektor kritikal lain atas perkhidmatan mereka yang tiada bandingannya,” kata Baginda.

Seri Paduka bertitah demikian pada Isitiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 di Parlimen di sini hari ini. – MalaysiaGazette