Home Nasional Tanjak, keris gergasi hasil tangan anak muda Felda Air Tawar 4

Tanjak, keris gergasi hasil tangan anak muda Felda Air Tawar 4

Replika tanjak dan keris gergasi menghiasi jalan masuk di Felda Air Tawar 4 di sini telah menarik perhatian ramai.

KOTA TINGGI – Tanjak dan keris yang menjadi kemegahan orang Melayu suatu ketika dahulu semakin hari semakin pupus penggunaannya.

Bagi mengelakkan tanjak dan keris ini semakin dilupai generasi baharu mendorong anak-anak muda Felda Air Tawar 4 menjadikan ia sebagai replika terbaharu di jalan masuk perkampungan  kawasan tersebut.

Lebih unik, replika gergasi tanjak dan keris ini dibuat menggunakan buluh.
Keunikan replika ini tular sejak semalam apabila dikongsikan di Facebook itu dan mendapat lebih 200 perkongsian.
Menurut netizen, pembinaan replika gergasi itu menarik dan menonjol dengan pemilihan warna keemasan pada tanjak berkenaan.
Menurut warga maya, replika itu bertambah menarik apabila terkena simbahan cahaya lampu.
Presiden Persatuan Gerakan Generasi Felda Johor, Mohammad Shah Saron berkata, idea asal replika tanjak pada mulanya sekadar ingin menyemarakkan sambutan kemerdekann baru-baru ini.
Simbolik tanjak dan keris dipilih bersempena daripada Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.
Selain itu, replika tanjak dan keris ini juga antara lain mahu menunjukkan rasa bangga dengan kepahlawanan pendekar Melayu pada zaman dahulu. – MalaysiaGazette