Home Seni Hidup Mas Idayu sudah berhijab?

Mas Idayu sudah berhijab?

241434104_395752795323869_4636587157459010898_n-640x567
Foto Instagram Mas Idayu.

KUALA LUMPUR – Penampilan terbaru penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu yang berhijab menarik perhatian ramai,  sekali gus mengundang persoalan netizen adakah dia sudah ‘berhijrah’.

Menerusi gambar-gambar dikongsikan di Instagram miliknya, penyanyi berusia 49 tahun itu dilihat tampil sopan serta berkongsikan hantaran yang memaparkan aktiviti hariannya.

Rata-rata netizen memuji penampilan penyanyi itu yang dilihat manis serta mendoakan agar penyanyi berkenaan agar terus istiqamah.
Malah, ada yang mengatakan Mas Idayu semakin muda apabila berhijab dan ramai yang sejuk mata memandang melihat penampilannya itu. – MalaysiaGazette
c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts