Home Utama Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguh

Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguh

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 13 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Usul pemilihan bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang sepatutnya dibentangkan hari ini ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang.

Ia bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dibuat untuk menambah bilangan Timbalan Speaker kepada tiga orang.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wan Juanidi sebaik sahaja Dewan Rakyat memulakan sidang sesi petang.

Sehubungan itu, pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguh ke Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14, katanya.
Sebelum ini dua nama diusulkan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Speaker iaitu Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.
Jawatan tersebut kosong selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meletakkan jawatan. – MalaysiaGazette