Home Dunia Ribuan rakyat Palestin dipenjara Israel

Ribuan rakyat Palestin dipenjara Israel

Seorang kanak-kanak Palestin ditahan oleh tentera Israel. Foto: Al-Anbat

JERUSALEM – Walaupun Israel gempar selepas enam rakyat Palestin berjaya meloloskan diri dari penjara tercanggih dalam sistem keselamatan di dunia, sebenarnya masih ramai lagi rakyat Palestin sedang dizalimi di dalam penjara.

Setakat 6 September 2021, terdapat 6,453 rakyat Palestin dipenjarakan oleh Israel atas pelbagai sebab.

Daripada jumlah itu, 4,650 adalah tahanan politik, 520 dipenjarakan tanpa perbicaraan, 544 menjalani hukuman seumur hidup dan 499 dihukum penjara lebih 20 tahun.

Kekejaman itu turut membabitkan penahanan 40 orang wanita dan 200 kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak itu berada dalam tahanan pra-perbicaraan dan masih belum disabitkan kesalahan.

Mengikut rekod sejak tahun 2000, tentera Israel telah memenjarakan lebih 20,000 tahanan kanak-kanak.

Kebanyakan mereka didakwa atas pertuduhan melempar batu yang memperuntukkan hukuman penjara lebih 20 tahun.

Malah, hukuman terhadap kanak-kanak itu dituduh di mahkamah tentera bertentangan dengan hak asasi mereka. – Al Jazeera