SINGAPURA – Harga minyak naik pada hari Rabu setelah data industri menunjukkan penurunan stok minyak mentah yang lebih besar daripada yang dijangkakan di Amerika Syarikat (AS) dan unjuran permintaan akan pulih seiring dengan peningkatkan vaksinasi.
Stok minyak mentah turun sebanyak 5.4 juta tong untuk minggu yang berakhir pada 10 September berbanding jangkaan rata-rata penganalisis yang meramalkan penurunan 3.5 juta tong.
Tetapi penurunan dalam pengeluaran minyak mentah China pada bulan Ogos dengan operasi kilang harian mencapai tahap terendah sejak Mei lalu dan keseluruhan output kilang goyah telah mengekang kenaikan harga minyak.
Minyak mentah Brent naik AS$0.49 atau 0.7%, kepada AS$ 74.09 setong pada 0524 GMT, sementara minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.48atau 0.7% kepada AS $ 70.94 setong.
Stok minyak mentah, petrol dan penyulingan AS jatuh minggu lalu, menurut dua sumber pasaran yang memetik angka American Petroleum Institute pada hari Selasa, setelah Taufan Ida menutup banyak kilang dan pengeluaran pengerudian luar pesisir. – Reuters