KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.73 seliter, RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 September 2021 sehingga 22 September 2021.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah
meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Katanya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette