Home Nasional Kerajaan komited bentang akta anti-lompat parti – PM

Kerajaan komited bentang akta anti-lompat parti – PM

(Picture for representational purposes only). Election Commission (EC) making final preparations by carrying poll boxes for the P.132 Port Dickson by-election. at Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 12 OCTOBER 2018 Undi 18
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan termasuk membentangkan Rang Undang-Undang Anti-Lompat di Parlimen, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, komitmen itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19.

“Transformasi kerajan ini memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum dan budaya dalam konteks keluarga Malaysia.

“Transformasi ini termasuklah komitmen kerajaan untuk membentangkan RUU Anti-Lompat di Parlimen,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kestabilan negara menjadi agenda utama ke arah pemulihan negara memerangi pandemik Covid-19 serta memulihkan ekonomi.

Katanya, ini termasuklah usaha menyelesaikan kemelut politik melalui prinsip kebersamaan antara parti kerajaan dan pembangkang dalam memastikan kestabilan politik di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik.

“Pelaksanaan transformasi ini juga selaras dengan titah nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Rja-Raja Mulia tentang peri pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis,” katanya.

Ismail Sabri berkata, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan prinsip kebernsaam akan terus diamalkan agar dapat melindungi hak rakyat negara ini yang telah memberi kepercayaan tinggi kepada ahli-ahli Parlimen.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan sistem demokrasi berparlimen sentiasa disanjung tinggi agar kepentingan rakyat dan negara sebagai satu ‘Keluarga Malaysia’ dapat diutamakan. – MalaysiaGazette