KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Tajuddin dilantik mengisi jawatan itu menggantikan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dalam kabinet kerajaan Persekutuan.
Beliau yang mengesahkan perkara itu ketika ditanya Bernama, turut memaklumkan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai Timbalan Pengerusi.
Sebelum ini, ketika diterajui Shahidan ia dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC).
Shahidan dilantik sebagai Pengerusi PNBBC pada Mei 2020 manakala Timbalan Pengerusi ketika itu disandang Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. – MalaysiaGazette