Home Dunia Iran bakal beri vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak, remaja

Iran bakal beri vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak, remaja

MGF07062021_ANNUARMUSAVAKSINBERGERAK13-640x427
Gambar hiasan

ZANJAN – Iran akan memulakan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak dan remaja, berusia enam hingga 18 tahun dalam masa dua minggu lagi, lapor Agensi Berita IRNA.

“Iran dalam fasa akhir mengimport vaksin khas untuk anak-anak dan langkah penting itu akan segera kita laksana,” kata wakil Menteri Kesihatan dan ketua Pusat Pengurusan Kementerian Kesihatan, Dr. Jaafar Sadeq Tabrizi dalam sidang media.

Dr. Sadeq Tabrizi berkata, sebelum ini Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan telah memutuskan sekolah perlu dibuka semula dengan kehadiran guru di kelas.

Bagaimanapun, pembukaan semula sekolah terpaksa ditunda untuk tempoh sebulan, katanya.

Beliau berkata, setakat ini 1.2 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Iran. – Bernama

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts