KUALA LUMPUR – Pelakon Rita Rudaini berpendapat tindakan menarik lesen peniaga yang tidak mengambil vaksin adalah satu bentuk diskriminasi.
“Diskriminasi… bukankah masih dalam ujian klinikal? Kena ada paksaan ke atas tubuh orang lain? Dan kalau jadi sesuatu, tanggung sendiri..
“Ambik lesen pun duit peniaga, renew lesen pun duit mereka… paksaan apakah ini? Perut anak bini mereka harus disuap. Kalau macam ni, di manakah hati perut anda wahai manusia?” tulisnya.
Sebelum ini, Rita merupakan antara barisan pelakon yang dilihat menolak mengambil vaksin Covid-19 sehingga dilabel sebagai anti vaksin oleh segelintir netizen.
Malah, pelakon berkenaan juga beberapa hari lalu memaklumkan namanya telah digugurkan oleh satu produksi untuk berlakon dalam sebuah drama 100 episod kerana tidak mengambil vaksin. – MalaysiaGazette